Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

11.30.2009

Vogue Pregnant Mummy Give Away

Jom join contest.. Aku bab2 contest ni suka bebenor..
Contest ni datangnya dari Notti Netti
Kurasakan contest ini bersesuaian dengan keadaanku tika ni..
So semua yang seangkatan denganku apalagi, moh ler join..


Jom tgk2 syarat2 dulu..
1. Must be my follower and add my blog at ur blog list (it a must eh)
DONE
2. Tepek banner peruts I yang chomels itew di side bar uols (supaya menjadi tatapan dan rangsangan untuk uols mengandung lagi cam I) DONE
3. Buat entry tajuk macam entry ni
DONE
4. Ini paling penting!!!! Sila tepekkan gambo anda ngandung yang paling VOGEEE THE VASSS (satu jerkkkkk ye kalau uols ada 3 or empat orang anak, just pilih satu gambar ngandung u yang paling cun yer.......jangan lebey2 daripada gambar I hehehehhe - (tipu jerkkkk- lagi vogue lagi I sukak) DONE
5. Bagi taulah details about ur gambo tu, jangan harap I leh telek kat tok bomoh lakss.....exp, nama penuh, berapa bulan ngandung time gambo diambil (jangan letak belon dalam baju udah), ceritalah sikit kalo dah bersalin-anak apa dll lah...jangan risau...I suka baca cerita uolsssss tanpa jemu.... DONE
6. Make sure gambar tu bukan dalam lingkungan 7 thn sebelum diambil yer (Tak wajib sangat gambar baru - kang uols terpaksa ngandung lak just nak masuk contest nie) DONE
7. Make sure ur entry link back to mine. DONE
8. Tarikh tutup penyertaan before 4 Dec 09 sebab past tu I nak gie beranak. (Kang ada yang sambil meneran, sambil update contest nie....)
9. Last sekali sila tinggalkan ur penyertaan kat dalam comment box entry nie.
DONE
10. Paling last sekali......selamat menchoba and semoga berjaya....Idup Ibu ngandung!!!! :))))

So kupertaruhkan gambarku yg kukira paling vogue ini..


Klik pic untuk enlarge yer..

Gambar ni masa aku 35 weeks..
Pregnant untuk anakku yang ketiga..
Tatkala pic ini diambil, aku dan kawan2 di kebun rambutan untuk sesi petik dan makan rambutan..
Walaupun tengah boyot namun aku xmahu ketinggalan..
Abis semua rambutan disetiap pokok aku rasa..

Sekarang dan masuk 38 weeks.. tinggal lg 14days saja lagi..
Alhamdulilah pregnant kali ni xbanyak masalah..
Cuma diakhirnya kehamilan ini, sangat2 sakit di tulang punggungku..

p.s: Ada rezeki, ada la..



Kisah Bibik Lagi..

Beberapa minggu lepas,
My hubby dapat call dari majikan tingkat 18 katanya..
Mengadu tentang bibikku..
Katanya, bibikku selalu buat mensyuarat kt rumahku..
Mengajak kawan2 yakni bibik2 lain melepask di rumah ku..

Ini lah kali pertama ku mendengar aduan tentang bibikku..
Sebelum ni cuma pujian..
2 kali aku mendengar pujian dari 2 orang jiranku..
Pertamanya dari makcik selang sebuah rumah dariku..
Katanya 'bagus bibik kamu ni.. Jaga anak kamu mcam anak sendiri.. susah nak dapat bibik macam ni'

Berbunga aku mendengar pujian melangit itu,
Dalam hatiku, xnyesal amik bibik untuk bekerja denganku..

Kali kedua 2 bulan yang lepas tika ku dan suami menghadiri jamuan hari jadi jiranku..
Kali ini pujian datang dari jiranku yang rumahnya dihujung sekali.. Janda itu..
Pun sama.. Pujian melangit pada bibikku.. Aku sekadar tersenyum..
'Katanya bibikku yg paling lama disitu, bibik lain di kondo itu sudah silih berganti'

Tapi lepas menerima aduan panggilan talipon itu..
Aku dan suami sudah tidak puas hati dengan bibik,
Namun aku pendamkan sahaja tanpa bersemuka dengan bibik..
Hanya sekadar pesanan tiap kali sebelum ku keluar bekerja, supaya bibik xmembawa anak2 ku keluar..

Aduan kedua berupa surat layang yg kujumpa di dalam postbox ku..
Ku xpasti sama ada itu aduan yg sama atau tidak dari majikan tingkat 18 itu..

Aduannya sama..
Menyatakan tentang perihal bibik selalu mengadakan mesyuarat di rumahku..
menyebabkan majikan2 lain komplen tentang ketiadaan bibik mereka dirumah..
Katanya satu hari dia membuat spot cek..
Balik tiba2 pada waktu tghri..
Didapati bibiknya tiada..
Langsung terus menuju ke rumahku dan dapati bibiknya ada disitu..

Dan yg terbaru, aduan dari jiran paling dekat..
Jiran bertentangan dgn rumahku..
Aduan dari papa Khalida dan Sofia..

Juga mengadu tentang masalah yang sama..
Tambahan lagi, tika semua bibik2 bermesyuarat di rumahku, termasuklah bibiknya..
Anak2ku dan anak2nya dibiarkan bermain sendirian di luar..
Pintu rumahku pula ditutup...

Jiranku juga balik tiba2 pada suatu hari dan dapati Dhiya dan Sofia tgh main didepan rumah..
Dania dan Khalida pula memanjat di balkoni rumahnya..
Dan jiranku terus membuka pintu rumahku dan dapati bibiknya ada dirumahku..

Semalam, ku jemput bibikku dari rumah agennya selepas 3hari kuberikan cuti sempena Raya Haji..
Terus langsung sampai ke rumah, bibikku terus masuk kebilik dan tidur..
Selepas perjumpaan antara suamiku dan jiranku,
Suamiku terus memanggil bibik..

Tatkala pukul 11mlm, aku, suami berhadapan dengan bibik..
Dan menyatakan tentang masalah itu..

Aku sejak dari semalam..
Kukhabarkan padanya..
Mulai hari ini, tugasnya cuma mnejaga anak2ku dan memasak utk mereka..
Tugas2 harian yg lain xperlu lagi bibik lakukan seperti basuh baju, gosok baju, sapu sampah dll..
Aku dan suami akan lakukan apabila balik dari kerja..

Harapan ku..
Jika bibikku merasa dia terlalu sebuk untuk melakukan kerja2 rumah sehingga anak2ku terabai..
Biarkan semua kerja2 itu aku yg buat,
Kusanggup lakukan demi keselamatan anak2kku terjaga..

Kecewa aku dengan sikap bibik..
Selain itu,
Sekarang bibik sudah pandai ambil barang2ku tanpa meminta kebenaran..
Antaranya tudung, baju, seluar dan beg..
Walaupun benda2 itu xkupakai.. Namun xbererti dia boleh ambil sesuka hati..

Luluh hatiku semalam bila melihat dia memakai seluarku tika kujemput pulang dari rumah agen..
Seluar itu punya sentimental value pada diriku..
Seluar ala thai itu kubeli di Kluang tika aku bertugas di sana 2 tahun lepas..
Walaupun seluar itu xpernah kupakai kerna tidak muat, namun tetap kusimpan dgn harapan suatu hari nanti dapat kupakai bila aku berjaya menguruskan pakaian..

Selama ini kupendamkan sahaja..
Namun semalam semuanya terhambur keluar..
Tapi aku katakan dengan baik pada bibik, bukan aku menengking ker hapa..

Antara lain termasuk juga bibik menggunakan talipon rumah untuk kegunaan peribadinya..
Lain lagi, bibik juga pandai mengajar Dania berbohong..
Malah Dania lebih takut pada bibik berpanding padaku..

Last sekali,
Suamiku bertanyakan andai bibik ada apa2 mau keutarakan..
Katanya mahu gajinya ditambah..
Suamiku kata, memang niat untuk tambah gaji bibik ada pada bulan 1 thn depan,
Tapi dengan sikap bibik sebegitu, kurasakan baik xpayah...

Kontraknya akan tamat bulan 2 thn depan..
Entah, rasanya sudah kecewa dan serik untuk menggajikan bibik lagi..
Tidak harap aku bibik dapat menjaga anak2ku dengan baik..

p.s: Ingat lagi perjanjian suami dan bibik tika pertama kali menjemput bibik dari rumah K.Nurul, kata suami.. 'Bibik tolong saya, saya tolong bibik'.. Ingat lagi kata bibik, kerjanya di Malaysia untuk menyara anak2 kembarnya di Indon yg masih bersekolah..


11.26.2009

Bila Bibikku Ingin Kahwin

Hasrat hati bibikku ini telah pun diutarakan padaku semasa kepulangan bibik dari Indon bulan 10 yang lalu..
Aku sedia maklum tentang hal itu...
Bibik berhasrat untuk berkahwin dengan bf lamanya yg masih di Indon..
So aku ingat tentunya amik masa untuk bfnya datang ke Malaysia..

Bibik selalu cerita tentang bf dia ni...
Katanya bf ni sebelum dia kahwin dgn arwah suaminya lagi..
Bf pernah kata, x dapat daranya, jandanya pun jadi..

So bila arwah suami bibik meninggal, bf bibik yg still bujang ni terus nak kahwin ngan bibik..
Bibik lak katanya suka sama dia..
Cuma anak2 bibik belom tau hasratnya itu..

Semalam,
Bibik bagi aku shocking news..
Bibik kata mau ke rumah agennya di Kg Baru malam ni untuk berhari raya disana..
Itu aku sudah maklum..
Cuma yg memeranjatkan aku, bibik mau nikah malam Jumaat nanti..
Dan bibik mau cari bilik sewa di kondo kediaman kami..

Patut sejak kebelakangan ini, hp bibik xberenti2 berbunyi..
Makin lama masa bibik amik untuk bergayut..
Rupanya bfnya dah datang ke Mesia, aku cuma terpikir begitu..

Lantas ku nyatakan hasrat bibik pada suamiku..
Ternyata dia juga terkejut..
Ada beberapa syarat yang perlu diberitahu pada bibik sebelum bibik berkahwin..
Antaranya:
  1. Bibik cuma bekerja sebelah siang sahaja, malam bila kitorang balik, bibik kena balik...
  2. Weekends cuti bagi bibik..
  3. Bibik x dibenarkan bawa suami bibik datang rumah
  4. Gaji bibik maintain RM400 sebulan, sbb datang siang je..
So malam semalam, perjumpaan antara 6 mata berlaku..
Aku, hubby n bibik...

Rupanya ade lagi shocking news..
Bibik bukan nak kawin ngan bfnya tu.. bfnya pn lom dtg Mesia pn..
Bibik nak kawin ngan Bangla yg kerja kontrak buat rumah depan kondo kitorang ni..

Masyallah,
Terkejut beruk aku..
Kenalnya hanya bulan lepas..
Langsung mahu nikah..
Kenalnya sebab Bangla tu dok lambai2 tgn tiap kali bibik sidai kain di balkoni tingkat 5 kitorang tu..

Ish3x..
Berjela2 nasihat aku dan hubby bagi..
Pasal syarat2 tu dia sejutu je..
Malah dulu, dia beria2 mintak naik gaji thn depan..
Tp kawin punya pasal xkisah gaji xnaik..

Katanya ikutkan bakal suami suruh bibik berenti keje..
Tapi bibik xnak.. sebab susah kalau visa mati..

Aku cuma pikirkan keselamtan anak2ku..
Takut Bangla tu cuma mahu amik kesempatan pada bibik..
Takut dia hasut bibik macam2..

Lepas berjela2 nasihat,
Bibik kata dia xnak la kawin..
Senang je kan?
Kawin macam main2 je..

Aku xkisah kalau bibik nak kawin,
Tapi biar la kenal hati budi dulu..
Bukan kawin sbb terpaksa..

Apa2 pn malam ni aku antr bibik ke rumah agen..
Nak pinjam Rm50 katanya..
Buat belanja ke Chow Kit..

p.s: Hp aku kena barred sbb 2 bulan xbayar, duit belanja mak bln lepas pn xdapat nak antr.. Gara2 hubby masih blom dapat gaji sejak ditukarkan ke Kementerian, tp Bibik lak nk pinjam RM50.. Hye.. pening..


11.25.2009

Lagi barang baby..

Macam mana la laki aku xmarah..
Leh dikatakan tiap minggu mesti ade courier smpai kt rumah..
Kalau dia nampak je bungkusan atas meja makan tu.. mesti dia kata..
'Huh, tu ape pulak tu?"

Hehe..
Ni la nak story..
Semalam ade 2 courier sampai..


Masa skynet call aku tanya rumah kat mana..
Aku pikir mesti yg aku order botol Tommee Tippee kt BabynMe..

Tapi lepas tu dapat call lagi skali.. Tanya rumah jgk..
Puas aku dok pikir ape lg yg aku order..


OO. rupanya satu lagi..
Avent Isis Manual Pump ni..
Dah order lama.. dr LondonSale
Sejak bulan Sept kalau x salah..
Baru dapat.. Temapat yg sama aku order Bottle Warmer Avent ritu..

Aku rasa berbaloi2 aku beli pump ni..
Walaupun 2nd hand, tp cm baru.. puas ati sgt..
Masih dalam kotak.. ade 2 botol yg blom digunakan dan disposible breast pad..
Rege?
Cuba teka braper..
Cuma RM90 je..
Berbaloi kan? beli kt luar mau RM200++

Botoll Tommee Tippee lak..
Erm, malas nak cerita..
Cantik memang cantik.. ringan lak tu..
Puting very the soft..
Tapi rege??
Huwaaa... terbeli kt BabynMe padahal tgk2 blk kt LittleWhiz lagi murah..
Pastu nak beli tmabah lagi kt LittleWhiz tgk dah xder stok lak..

Xper2.. Nanti dah restock pasti akan sambar lg 2 botol..

p.s:Camner la laki aku x marah...



Jkad Sales Jusco 1Utama..

Semalam lepas cek up, and antar Dania ke Krista Kids Holiday Fun Camp...
Aku n hubby langsung ke 1Utama..

24 and 25 November Ade Jualan Jkad di Jusco..
So alang2 dah cuti 1 hari, kitorang pegi la sana bagi memenuhi masa terluang..



Niat dihati memang nak cari something untuk mengcompletekan barangan Baby 'D' yang bakal lahir..
Dah beli pun changing mat getah tu..
RM29.90 dapat la RM26.70..

Then, beli barang yg selama ini aku idam2kan..
Tara...


Ini la dia..
Stroller n Car seat Sweet Cherry... SCR6 n SCR7(C100)
Walaupun sebenanrnya ngidam nak beli Maxi Cost..
Tp dapat design yg lebih kurang pn ok la..
Harga Maxi cost mau riban2..
So memang xmmpu..
So ini je la mampu..



Untuk carseat ade diskaun 30%..
Cuma stroller je best buy..
Nak xnak beli la jgk..

Balik2 terus test nak pasangkan carseat kt rangka stroller cm dlm gmbr tu..
Buat2 xleh jgk..
Rupanya, kena ada additional adapter...

So kena la cari adapter tu pulak..

p.s: Dpt la redeem voucher JJ RM60..

Posted by Picasa

11.23.2009

Turun Tanda?

Akhir2 ni asyik cite pasal pregnancy jek..
Haku nyer blog, haku nyer pasal la nak tulis pasal ape..
Ade haku kisah??


Hari Jumaat lepas dah turun tanda.. Tanda ke? Haku pun xsure..
Tghari tu lepas pegi toilet, aku notice ade darah kuar..
Tapi kaler cm cekelat2 gitu..
Bukan kaler merah darah hokeh..
Kaler sama cam aku bleeding masa 2-3 bulan ritu..

Balik rumah pun kuar lg setompok..
Maknanya dah 2 tompok..
Tapi xder lak rasa sakit ke pa per..
Sempat lg tghari tu rewang2 ke Mines..

Ikutkan pengalaman melahirkan Dania & Dhiya,
Dulu mmg turun darah dulu..
Tapi kuarnya cm lendir putih telur campur darah merah...

Masa Dania, kuar darah 3 hari berturut2..
Setompok2 je..
Lepas 3 hari baru rasa sakit nak bersalin..

Dhiya lak..
Cm tu gak kuar darah..
Gi hospital.. Doc kata tebal lg..
Suh balik dulu sbb lom tentu bersalin dlm masa 2,3 attau seminggu lg..
Tapi balik, keesokkannyer kena pegi balik sbb dh rasa kontraksi..

Yang ni lak, Jumaat ritu je kuar darah cenggitu..
Sabtu Ahad xder lak...
Tapi semalam.. Tiduranku terganggu..
Sebab tiba2 sakit perut cm senggugut..
Perut menggeras..
Dua tiga kali aku bangun duduk di birai katil..
Dari pukul 2 sampai la 2.40 pagi..

Aku ke ruang tamu.. Tanpa mengejutkan hubby...
Terduduk aku di sofa..
LAma2 kesakitan tu beransur hilang..
Lantas terus maju ke bilik.. untuk sambung tiduran...
Nekadku kalau lepas ni sakit balik baru nak kejutkan hubby..

Rupanya tertidur hingga ke pagi..
Rupanya sakit tu langsung hilang x kembali..

Hampa..
Ingat ari ni dah leh menimang babyku yang chomel itu..
Rupanya belum sampai masa lg dia melihat dunia...

p.s: Cepatlah baby kuar..




Hari Ahad yang lepas..

Aktiviti Ahad semalam..

Pagi2 seawal pukul 8 dah ke rumah MIL..
Budak2 ikut serta..

Dari pagi sampai petang siapkan tulis nama dan alamat pada kad jemputan kahwin Riena..
Sampai tertido 2 kali aku kt sofa empuk my MIL..

Sampai makan 2 kali disana..
Breakfast dan lunch..

Makan banyak xhengat..
Pagi makan roti telur, kuih apam, kuih keria n cempedak goreng..
Lunch just order Domino's Pizza.. Cuma makan 2 kerat pizza.. dan jus epal..

Pukul 5.30 baru pulang..
Itu pun sebab ada tetamu di rumah MIL..
Floor Manager utk perkahwinan Riena datang..
Untuk membincangkan susun atur perkahwinan Riena nanti..

p.s: Selagi xhabis edar kad jemputan, selagi tu pening pikir pasal kawin Riena..



11.20.2009

Clearance Sales Baby Kiko


Semalam, aku, Nana, Ikin & Aliah pegi Warehouse Sales Baby Kiko kt Puchong..
Bermula 19-22/11/09 start dari kul 10 pagi..

Xbanyak yg aku beli..
Baju2 xbeli pun.. sebab rata2 baju dari umur 1 thn ke atas..
untuk new born x banyak..

So aku just beli toiletries je..
Abis jugak la RM34..

Jom tgk ape yg aku beli..
1. Baby Socks 3 in 1 RM7
2. Mug RM4
3. Sikat 2 in 1 RM3
4. Berus Gigi 3 in 1 RM2
5. Beg Thermal RM8
6. Syampoo RM10

p.s: Nak cari Nappy change mat, tp yg ade xkenan..


11.19.2009

My Spectra 3


Minggu lepas dah terima Breast Pump Spectra 3 ni...
Hasilku bermain kutu selama 4 bulan dengan Tumitu Ratuhati
Harga RM388+RM10 utk kos pos..

Dengan adanya pump ni, leh la aku mulakan sesi memerah lepas bersalin nanti..
Hopefully berjaya niat aku nak fully breastfeed my baby 'D' nanti...


Sambil tu leh ganti2 guna dengan pump Avent manual aku ni..


Rasanya persiapan semua dah complete..
Termasuk la warmer Avent yang dah aku beli beberapa bulan lepas..


Cuma sekarang tengah tunggu 2 botol Tommee Tippee 150ml yang ku order dari BabynMe
So far, lepas survey2..
Aku tengok bottle ni BPA free yg paling murah dan byk feedback bagus2 dari penggunanya..
Aku pilih yg wide neck sebab botol wide neck sesuai untuk diperkenalkan kepada baby supaya dia x conpius dengan payudara kita..
Even harganya lagi murah dari Avent..
Tp cuma susah nak dapatkan kt pasaran.. so far aku bajet nak beli online jer..


Lastly, aku dah ade 6 bottle milk storage fabulous moms yg aku dapat masa beli set bag fabulous mom dulu..
Nak beli bekas dadih tu je untuk simpan ebm nnti..

p.s: Target nk fully BF. Moga dipermudahkan..


11.18.2009

Yeah.. Menang sudah..

Ni result yang dikeluarkan oleh Babysnow..
Berkaitan ngan Baby Snowdrop's Giveaway yang aku join ritu..
Very the seronot..




Thank you very2 much..
Leh la try pakai cloth pad tu nanti..
Kalau ok, nak buat koleksi..
Sebagai salah satu cara untuk menyelamatkan bumi...

p.s: Dah lama dah niat nk switch from dispo tu cloth pad.. so ni sebagai permulaan..


11.17.2009

Astech Small Gathering

Last Saturday..
Bertempat di Teh Tarik Place di The Curve berlangsungnya satu gatjering kecik warga Astech..

Gathering ni dianjurkan oleh Mun..
Mula nk jumpa kt The Coffee Bean, tapi sampai sana terus decide utk tukar venue ke Teh Tarik Place sbb masing2 nk makan..

10 tahun x jumpa..
Akhirnya terkumpul juga kami sini..
Yang menghadiri gathering ni ialah: Aku, Shereen, Shiena, Cik Ah, Mun, Anis, Yati dan juga ditemani dengan my hubby, bf Shereen, adik Yati n baby Mia..


Seronok sangat jumpa..


Happening habis..


From left:
Aku, Mr Hubby, adik Yati, Shereen, Yati & Baby Mia dan Anis




Yg Duduk:
Anis, Mun, Cik Ah n Shiena..

Just a small gathering untuk warga Astech batch 98/99 yg mn berada di sekitar KL..

p.s: Lepas ni nk anjurkan gathering kt sebelah utara lak..


35 weeks check up 2

Last thursday,
Pegi cek up utk 35 weeks selepas reschedule ari tu..

So here's the result:
Berat: 76.3 ( naik dlm 1 kg)
HB: 11.9 (normal)
BP: 100/60

p.s: Next check up: 24/11/09


11.11.2009

Mari memetik Rambutan


Penat2..
Tadi kitorang warga Mardi dijemput untuk memetik dan makan rambutan..
Seawal pukul 9 kitorang dah ade sana..


Sebelum pa per.. kena amik gambar dulu..


Gadis2 ayu posing lepas penat makan rambuatan..


Tengok perut..
Dah padat dah..
Orang isi rambutan dalam plastik, aku isi dalam perut..


Nana beraksi gaya maut..


Credit to Cipah for this pic.. I like it very much..

p.s: Habih belemoih.. dan berselut..


11.10.2009

Braxton Hicks


Sabtu lepas, pertama kali rasa contraction..
Masa tengah tidur..

Contraction pertama.. berlangsung kira 3 minit..
Perut rasa tegang sangat.. Perut sakit bagai..

Kemudian stop untuk 1 minit..
Then contraction berlaku lagi..

Aku cuba tukar posisi tidur..
Beralih ke arah berlawanan..
Dengan harapan contraction akan berenti..
Sambil2 urut perut dan kata dalam hati.."Baby, jangan keluar dulu.. baru 35weeks.. nak kuar, kuar minggu depan"

Aku nekad, kalau berlaku contraction kali ke3,
akan ku kejutkan hubby disebalah..

Tapi.. sedar2 dah pagi..
Tertidur rupanya.. selepas contraction ke 2 itu..
Dan selepas itu tiada contraction lagi..
So aku sedar itu hanya Braxton Hicks ataupun kontraksi palsu yang kadang2 berlaku pada lewat2 hamil ini..

Contraction Characteristics

False Labor

True Labor

How often do the contractions occur?

Contractions are often irregular and do not get closer together

Contractions come at regular intervals and last about 30-70 seconds. As time goes on, they get closer together.

Do they change with movement?

Contractions may stop when you walk or rest, or may even stop if you change positions

Contractions continue despite movement or changing positions

How strong are they?

Contractions are usually weak and do not get much stronger. Or they may be strong at first and then get weaker.

Contractions steadily increase in strength

Where do you feel the pain?

Contractions are usually only felt in the front of the abdomen or pelvic region

Contractions usually start in the lower back and move to the front of the abdomen



p.s: kiranya macam rehearsel sebelum contraction sebenar.. tapi kontraksi palsu pun sakit bagai jugak..




Terkurung Di Opis..

Baru je cerita pasal aku buat IDtag baru kt post sebelum ni..
Ape kaitan post sbelum ni dgn post ini?
Ini kisahnyer..

Semalam, hubby ade kursus JKR di Maeps..
So aku tunggu hubby abis untuk jemput aku dari opis..



Dia sampai pukul 715..
Masa tu mmg aku je yg ade kt opis sbb sume org dah lama balik..
Bila my hubby misscall, aku turun dengan penuh yakin dan lalukan ID aku pada pintu nyer sensor..

Alamak, pintu xterbuka..
Bermakna ID aku belom diaktifkan untuk tujuan itu..
Aku lak punyu la bangang pandai sangat, masa dapat ID tu xpulak terpikir nak cuba try test bukak pintu dulu..
Sebab aku dengan yakinnya ingat dah activated..

Rupanya tidak..
So aku suh hubby gi panggil pak guard,
Tapi pak guard xleh nak buat pa per sebab xder kunci or kad..
Sebab pusat kitorang je yang guna sistem touch ni..
Pak guard siap marah nape balik lambat xbagitau..
Siap suruh aku kuar ikut tingkap..

Aku sms Nana mengkhabarkan situasi aku tika itu..
Dengan harapan Nana atau orang2 pej am tau kod utk deactivate kan sistem tu..
Langsung xmembantu sebab sistem tu xleh buat mcm tu..

Langsung, dengan bantuan abang Razi, Fazly dikerahkan untuk datang menyelamatkan aku since rumah dia yang paling dekat ngan opis..

So, setia aku menunggu disitu sehingga bantuan menyelamat tiba..


20 lepas tu Fazly tiba dan terus membuka pintu..
Alhamdullilah.. selesai sudah masalah..

Fazly siap perli.. Aku dan hubby cinta jarak jauh.. sorang kt luar sorang kt dalam..
Padahal.. dah nak bergaduh dah kitorang berdua..

p.s: Terima kasih yg xterhingga pada Nana, Abang Razi & Fazly..


11.09.2009

My New IDTag


Sejak minggu lepas, ID ku yang juga merupakan kunci untuk masuk ke opis dah ilang..
Tak dapat dikesan..
Last skali aku ade pakai dan bukak masa turun dari kerete..
Kerete sape xingat..
Dan sejak itu, aku kehilangannya..

Tghari tadi..
Aku melaporkan kehilangannya kepada my CC, En Hazi Zan..
Dan ptg td ku sudah punya ID baru...

HIhih.. cepat sungguh servis..
Kena bayar RM25 sebagai ganti..
At least, dapat jgk ID baru ganti ID lama yang ternyata dah kabur gambarnya...

p.s: Tu pic mula2 masuk kerja.. 2 tahun yang lepas..


35 weeks check up..

Patutnyer ari ni 9/11 kena pegi check up utk 35 weeks..
Tapi sebab hubby ade Kursus PTK JKR kt Maeps, terpaksa ditunda..

Ikutkan boleh je kalau aku nak pegi sendriri.. macam la xbiasa..
Tapi hubby tak bagi aku drive kete sorang2 lagi sekaran ni..
Takut benor aku terberanak kt tepi jalan..

So terpaksa direschedule balik..
Blom reschedule balik pun..
Nak kena pegi klinik setkan balik appointment..
Tak boleh pegi je.. Kang xpasal2 kena marah ngan misi2 garang kt situ...

Hopefully leh reschedule minggu ni jgk..

p.s: EE.. minggu depan dah 36 weeks.. Baby dah matang untuk hidup didunia ini..


Ahad Lepas..


Ahad lepas,
me, hubby, MIL, FIL and Rizal pegi Jalan Tun Abdul Rahman..
Actually pegi ke kedai K.Nurul (my kakak ipar) kt Wisma Yakin..



Abah, hubby and Rizal tempah baju melayu untuk dipakai pada sebelah malam Majlis Perkahwinan Riena nanti..
So baju melayu sbelah malam disponsor.. sebelah siang? sendiri la kot..

Kitorang tempah baju melayu kat kedai K.Nurul, BMO bukan sebab nak dapat diskaun sedara2 jer..
tapi memang BMO terkenal dengan jahitannya yang kemas..
Tak percaya boleh pegi try tempah kat cawangan sama ada di Wisma Yakin, Ampang atau Eon AU3 Setiawangsa..
Sekarang kat Wisma Yakin ade offer 20%..


Lepas tempah baju, langsung ke Semua House..
Mula2 makan kt food court kt situ.. My hubby dgn favourite dish dia la..
Capati..

Then, terus ke kedai untuk mencari barang2 untuk persiapan hantaran Riena dan juga gift door..

p.s: Lama benor xpegi area2 situ.. n ni la 1st time pegi kedai K.Nurul.. selalu pegi kt AU2 je..