Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

10.30.2009

Jumaat yang Xbes



Hari ni hari Jumaat..
hari Jumaat hari fav aku..

Tapi Jumaat ni..
Jumaat yang aku xsuka..

Jumaat..
Hari aku kelam kabut nk balik awal bila dah sampai masa pukul 1700
Xsabar nak balik rumah jumpa anak2..
Tambah2 esok weekends..
Hari untuk merehatkan diri..

Jumaat ni hujan..
Patut lagi bes..
Suasana Suram..
Tapi aku masih rasa Jumaat ni xbes..

Kerana dikala 1740 ku masih berada di tempat yg x sepatutnya aku berada..
(sigh)
Malas sudah mau berkata2..
Berkata kata pun xguna bila hanya aku yang mampu mendengar di kala ini..

p.s: Aku mau pulang, hokey..



Posted by Picasa

10.27.2009

33 weeks

Senin lepas aku ke Klinik Kesihatan Selayang Baru untuk cek up 33 minggu..
Sekarang dah kena cek up 2 minggu sekali..

So here's the result:

HB: 11.8 (dalam range normal. Alhamdullilah.. berkat makan kerang dan hati.. B4 10.5)
Berat: 75.1kg (naik 2.2kg)
BP: 110/70

Kali ke2 kena jumpa dr sejak appointment pertama dulu..
Dr suh baring, dia godak2 perut.. tanya everythings fine? then siap..
Dr kata kedudukan kepala baby dah ke bawah..

p.s: Next cek up: 9/11


glitter-graphics.com

10.26.2009

Wah.. Wah.. Wah..


Wah..wah..wah..
Tengok gambar tu?
Kenal x sape?
Sape lagi kalau bukan En Somi ku..

OO.. sekarang sudah pandai posing half naked yer..
Nak tunjuk 6 pack dia la tu..
Pasti ramai aweks2 yang pengsan tengok gambar ni..


Gambar ni dalam Mens Health Nov Issues


Jangan lepaskan tengok aksi panas En Somiku..

p.s: Gambar cover tu bukan En Somiku yer... Harap Maklum.

10.24.2009

No bonus!!

Pembentangan bajet Jumaat lepas, betul2 mengecewakan aku sebagai salah seorang kakitangan kerajaan..
Kononnye ade bonus 2 bulan gaji la, sebulan gaji la, minimum Rm2000 la..
Sume tu x disentuh pun..

Cukup lah dengan balance RM250 yang akan dapat Dec ini..
Gred 41 ke atas pun akan dapat..

Syukur je la.. dengan apa yang kita ada..

p.s: Baru je berangan2 Mat Jenin..

10.23.2009

Eh, Pregnen ke?


Pagi Jumaat seperti pagi2 Jumaat yang lain..
Aku kebiasaannya akan ke Pasar Tani Jabatan Pertanian..

Seperti biasa, aku akan singgah di kedai jual air tu..
'Air Kelapa, satu' kataku..

Akak tu nengok je aku..
Then dia kata.. 'Eh, pregnen ke? Tgk muka cm x pregnen'

blogger-emoticon.blogspot.com
Heheh.. yer la.. perutku terselindung dibalik balang air akak tu..
Bangga hokey..
Pewot je moncit, muka maintain cun..

p.s: Pakai baju pink n tudung pink pagi ni.. Hubby kata 'Konon2 ala barbie doll la tu'.. Heheh..


10.22.2009

Anak Abang Zali


Tghri tadi baru berkesempatan nk pegi melawat anak Abg Zali MA01
Anaknya kemalangan moto seminggu yang lalu..

Sedih tgk..
Terbaring disitu..
Hanya mata terkedip2..
Sesekali tersedak kerana kahak yang terkumpul ditekak..

Masa datang, Abang Zali sendiri tengah menyedut kahak menggunakan tiub yg disediakan..
Sebab tu anak abang Zali tersedak2 bila tiub menerjah masuk ke tekaknya..

Aku dan Nana yg melihat pun sayu,
Apatah lagi si tuan punya badan yg menanggung..

Semoga cepat2 sembuh..
Dan kepada keluarga Abang Zali semoga tabah menghadapi dugaan ini..
Doaku akan sentiasa mengiringi keluarga mereka..

p.s: Amin


Eh, dah sampai masa ke?

Semalam semasa sedang beradu,
tiba2 rasa basah..
Pegang punggung memang lencun abis..
Panty pun abis lencun..

Terus bangun,
Dengan samar2 lampu jalan di luar jendela dapat kulihat kebasahan melanda comforter ku..
Dhiya dan suamiku sedang nyenyak tidur..

Terus menggigil..
Dalam hati kata, 'Dah sampai masa ke nk bersalin ni?'
'Air Ketuban dah pecah??'

Terus terpikir beg nak bawak ke hospital lom complete lagi..
Xkan dah nak bersalin? Baru 32 weeks..

Sekali tengok seluar Dhiya pun lencun..
Aii.. Xkan lencun sampai gitu sekali..
Ku raba-raba celah kangkang Dhiya..

Compom!!
Dhiya kencing dalam seluar..
Boleh pulak nyenyak jek tido..
Siap mengigau kata 'Kakak nak makan aiskrim'
Agaknya tu yang sampai terkencing..

Fuh, semangat..
Dalam masa beberapa saat tu memang dah ingat betul2 nak bersalin dah..
Lega..

Terus kusalin seluar kecik dan baju tidor lain..
Ke ambil bantal lalu menuju ke ruang tamu..
Tikar buluh menjadi alas tiduranku malam itu..
Bangun pagi, sakit pinggang xhingat..

p.s: False Alarm!!




10.21.2009

CD - Cloth Diapers


Ni hasila aku main kutu CD ngan Sue Ratuhati..
Bulan2 byr RM42 selama 5 bulan untuk dapatkan 6 CD + 12 insert

So kukira complete sudah koleksi CD ku..
Semangat nk berCD untuk baby akan datang berkobar2..
So sekarang dah ada 12 CD + 24 insert...

Cukup la kot..
Kang x cukup tambah lg..
12 keping ni leh la lagi..
Tapi kena pakai then cuci tiap2 hari la..

So ni jadual untuk pakai CD dalam sehari...

6pg-9pg 1 CD + 1 Insert
9-12tghri 1 CD + 1 Insert
12-3ptg 1 CD + 1 Insert
3-6ptg 1 CD + 1 Insert
6-9mlm 1 CD + 1 Insert
9-12mlm 1 CD + 1 Insert
12-6pg 1 CD + 2 Insert

Cd dipakai plg lama 3 jam.. erm.. cm diapers pakai buang jgk kan..
Cuma mlm kena pakai 2 insert, sebabnyer xkan kita nk bangun after 3 hours utk tukar kan?

So dlm sehari penggunaan dlm 7 CD + 8 insert..
Maknaya ada lg 5 CD bersih utk dipakai keesokkan hari..
So sebab x cukup, kena la cuci CD yg pakai sebelah pagi tu serta merta.. supaya kering keesokannya..

Nak cuci pun senang je..
Masuk je dalam mesin basuh..
Bukan gaduh nak sental2 pn..
Cm basuh baju jgk..
So xder la alasan 'Malas nk basuh2, baik pakai buang je'
Kalau guna alasan gitu, baik baju pun xyah basuh.. pakai buang je kalau dah malas..
Nak jimat nyer pasal, ape salahnyer susah payah skit kan..?

Jom kita tgk pengiraan lak..

Contoh penjimatan:
Katakan anak guna DD 7 keping sehari pada harga RM0.55 sekeping (harga average)
Sehari: RM0.55 x 7 kpg = RM3.85
Sebulan: RM3.85 x 30 = RM115.50
Setahun: RM3.85 x 365 = RM1,405.25 !!!
3 Tahun: RM1,405.25 x 3 = RM4,215.75 !!!!! (Ni rege untuk sorang anak, kalau ramai lg??)

Katakan guna CD 7 helai jugak; 1 CD ~ RM35 (Ni rege plg mahal ni.. Plg murah RM30 yer)
Sehari: RM35 x 7 = RM245.00
Sebulan hingga 3 tahun, masih RM245.00
Kalau cuci hari2, kita perlukan ~ 12 CD, kosnya baru R420.00
Katalah kita ada 24 CD pun, kosnya baru RM816.00 sekali.

So kita dah jimat RM4215.75-420=RM3795.75 dalam masa 3 tahun..
Anak yg seterusnya, dah xyah terbeban nk beli DD dah.. sebabnyer dah ade CD yang terdahulu..

Jimat kan??
Jom kita berpikiraan jauh..

p.s: Pakai la CD, xder la tiap2 bulan dok tercari2 mana ade offer pampers murah..



10.19.2009

Persiapan Menjelang EDD



Tika coretan ini ditulis, aku dah mencecah 32 minggu..
Bermakna hanya 56 hari saja lagi untuk aku melahirkan seorang lagi baby yang chumil..

Sejak Sabtu lepas, minggu lepas aku dah kelam kabut beli serba sikit barang2 baby..
Yang aku dah beli so far dan aku rasa dah mengcompletekan koleksi aku ialah:
  1. Pampers Mamy Poko Newborn - 1 pek
  2. Baju Baby lengan panjang - 3 pasang
  3. Botol susu kecik untuk air zam zam
  4. Wet Tissue Anakku - 2 pek
  5. Lampin Kain - 1 pek: 10 lai
  6. Mandian dan Syampoo Anakku
  7. Bedak Aiken - 1 botol sederhana
  8. Losyen Johnson&Johnsnon - 1 botol sederhana
  9. Sabun Liquid NappiKlean - 1 botol sederhana (percuma bedak Aiken kecik)
  10. Bedung Baby - 2 plain, 1 corak
  11. Towel - 2 lai
  12. Minyak Telon - 1 botol besar
  13. Cloth Diapers Coolababy - 6 lai (so koleksi dah jadi 12 lai dah)
  14. Mittens & Booties (5 set)
  15. Bekas puff bedak
Itu saja penambahan, yang lain sume aku dah selongkar kotak toyogo...
Kuarkan sume baju dan barang2 lain kepunyaan Dhiya dulu..
Dah penuh 2 raga: 1 untuk baju2, 1 raga lagi untuk toiletries..

Dah jumpa pun tungku my MIL..
tu yang penting tu..

Semalam kuar gi JJ, aku pun beli sedikit keperluan diri aku untuk menginap di hospital nanti..
Aku beli menstrual pad Overnite Laurier.. coz x reti nk pakai yg Loop tu..
Then sedikit toiletries untuk kebersihan diri nanti..

Balik rumah, aku pack n tick barang2 yg aku masukkan dalam beg berdasarkan checklist yg aku dapat dari MyPermataHati.com..
Erm.. Barang baby almost complete..
Cuma barang2 aku jer...
Termasuk la kain batik aku yang lom jumpa2 kt mana letak duduk nyer..

Ari ni dah aku amanatkan pada bibik, untuk selongkar lemari cari kain batik aku..
Erm.. ade la 2-3 lai kot.. tu pun kalau masih elok lagi..
Buatnyer sekali pakai dah rabak..hihihi..

Jumpa selai pun dah cukup,
Buat pakai balik dari sepital..
kat rumah, pakai jek suar.. hihihi..

Oh ya..
Ade lagi lom beli..
Tapi tunggu gaji bulan depan lak..
Bulan ni nyer bajet dah abis..

Nak beli changing mat (yg lama cari2 balik rupanya dah reput, pemberian my MIL masa Dhiya dulu)
Erm, jamu lom beli..
Cadang nk beli Nona Roguy..
Tunggu gaji yer..
Beli sekarang, x berminyak lak kete aku tu nanti..



10.15.2009

31 weeks

Isnin lepas aku gi cek up perut utk 31 minggu..
kalau 2 minggu lepas berat aku naik mendadak sebanyak 2.8 kg,
kali ni berat aku turun 1 kg..
Nasib baik misi yg periksa aku xperasan..

Heran jgk cmner leh turun..
Makan dah rasa cam banyak.. badan dah rasa makin tembun,
Tp leh lak dia turun..

So total setakat ni..
Berat aku naik 5 kg dari sebelum mengandung,
Dan turun pun total 3 kg..


Ni my lastest pic me @ 31 weeks..
Pic ni diamik pada 13/10 iaitu di Jamuan Hari Raya Mardi yg lepas..



10.05.2009

Gambar Raya

Hari ni dah 16 Syawal..
Baru nk upload pic raya..

1st day raya..
Photoshoot lepas sembahyang raya..


Dania & Dhiya


Abah & Mak


Dania, Daddy, Dhiya, Me n Unn

Me & Unn

Me @ 28 weeks


Dhiya Dayana
Raya ke 5 baru pegi beraya rumah sedara..
Ni kat rumah Mak Lang kt Kg Raga, Yan..

Dania, Dhiya & Aisyah Amani

Sama kan muka diorang..
Seperti yg dikatakan oleh ramai orang..

Ni lak kt rumah Pak Njang..

Abah dan cucu2 nya..


Abah dok risau takut sangat cucu dia jatuh..


Aisyah suka dok atas pangkin ni..
Tgk keindahan sawah padi..

Dhiya pun asyik jerk..


Mama Aisyah.. my kakak ipar