Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

9.28.2009

29 weeks


Gambar raya nanti dulu yer..
Malas nk upload..

Sikalang nk cite pasal check up aku td..
Ari ni aku masih cuti lagi..
Alang2 ada cek up, aku extand lg satu hari walaupun ramai dah start keje ari ni..

Ari ni lewat skit pegi klinik sebab siapkan Dania ke tadika..
Sampai klinik dah kul 8, dah ramai gilos orang..

Tunggu punya tunggu pukul 9 baru namaku dipanggil..
1 jam ku sabar menunggu, sib baik hubby ari ni jus drop off aku kt klinik je..
Dia x nunggu macam sebelum2 ni.. Sebab ada Dhiya, susah kalau nk heret Dhiya ke klinik sekali..
Lepas drop off, dorang balik rumah dulu..
So xder la sangat my hubby bising2 sebab lama nunggu..

Skali lagi kena amik darah, HB masih sama..X naik banyak pn.. naik 0.1 je,
Bulan lepas 10.4, bulan ni 10.5.. Sungguh tidak memberangsangkan...

Tapi yang memberangsangkan, my berat naik 2.8..
Bulan lepas 71, bulan ni 73.8
Tapi ku kira banyak ralat disitu..
Sebabnya, kali ni guna mesin timbang digital yang baru..
Berbanding bln lepas, timbang analog je..

Next cek up 12/10 yakni 2 mggu lg..

p.s: x sangka dah masuk 3rd trimester..

9.18.2009

Selamat Hari Raya



Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua pengunjung blog AkuYangRia..
Maaf Zahir & Batin..



Mummy's Tummy Box from Baiboo

Menda alah ni actually dah lama aku dapat..
Lebih kurang sebulan yang lepas..
Baru sempat nk upload...


Ape bende ni?
Ini ialah Mummy's Tummy Box daripada Baiboo


Ini adalah barang2 dan sampel2 yg ade dalam kotak ni...

Macam mn aku dapat?
Senang je..
Korang2 yg sedang pregnant pun leh dapt..
Cuma sign up sebagai member dan isi maklumat diri di Baiboo
Dalam masa 2-3 bulan baru diorang akan contact untuk collect kotak ni sendiri kt opis diorang kt PJ..

9.17.2009

Penjadualan Semula Aktivit HArian


Berkuatkuasa 16/9/09 my hubby ditukarkan ke Kementerian Pelajaran, Putrajaya..
Dan ini bermakna kitorang 1 hala ke tempat keje..
So sekarang boleh relex balik jd passanger, xyah penat2 drive lg..
Xde lg lenguh2 n sakit2 belakang time jem..
Sebab sume tu akan diambil alih oleh my hubby..

Sekarang ni, terpaksa menjadualkan semula my shedule..
Sekarang orang yg paling lewat balik, aku la..
Sebabnya hubby blk kul 5.30..
Sampai Serdang ni mesti dah kul 6 lebih..
So rasanya terpaksa buka puasa dalam kete lepas ni..
Kalau sebelum ni aku balik keje kul 5, sampai rumah (kalau x jem) kul 6..
Tu pun dok mengeluh sebab sampai rumah dah lambat..
Nampaknya lepas ni lg lambat la..
Burink.. Burink..

Terpikir jugak nk cari rumah area2 sini..
Tp bila pikirkan semula entah la..
Remeh lak..
Nak pindah rumah, nak tukar sekolah Dania.. Nak kenal2 ngan jiran baru yg xtau lg camner..

Tp sebab utamanya, lepas 2-3 tahun bila my hubby naik pangkat lg..
Belum tentu dia stay kt tempat sekarang..
Mungkin kat tempat lain..
Biar je la..

p.s: Kalau betul2 nk cari rumah, nk cari area2 Damansara.. Konon jek..


9.16.2009

Raya di Mana?

Seperti yang kawan2 sedia maklum..
Perancangan balik raya tahun ni terpaksa ditukar pada saat2 akhir..
Mulanya nak beraya dirumah MIL di Gombak pada raya pertama dulu, kemudian raya ke2 or ke3 baru balik ke rumah Mak di Sg Petani..

Tp sejak minggu lepas, terpaksa tukar rancangan..
Sebabnya my hubby baru dinaikkan pangkat ke gred J44, so berkuatkuasa pada tarikh lantikan iaitu 16/9/09 xdibenarkan amik cuti selama 28 hari..
Jika x, elaun memangku J44 xdapek la..

So, raya ke4 my hubby dah kena kerja, walhal aku dah amik cuti dari 23-28/9/09..
So my hubby yg buat keputusan, raya tahun ni di Sg Petani!!
Yeah!! seronot aku..
Tapi raya ke3, my hubby dah kena balik KL..
Aku dan anak2 stay kt kampung sampai la dia datang jemput pada Sabtu minggu selepas raya itu...

Kitorang cadang nak bertolak balik pada Jumaat ni, sure ramai kan.. sesak nnti PLUS..
So mungkin, ikut perancangan kitorang akan bertolak pada pukul 2-3 pagi hari Sabtu untuk elakkan kesesakan..

p.s: Anda? Beraya di mana?




9.14.2009

Dhiya Dayana = Momom


Sedikit update tentang Dhiya..
Dhiya sekarang dah berumur 2 tahun 6 bulan..
Sejak minggu lepas, Dhiya dah pandai bahasakan diri dia sebagai satu nama..

Yang peliknya, kitorang xtau mana dia dapat nama tu..
Sejak akhirnya Dhiya selalu sebut 'Momom nyer'
Bila tanya sape Momom, dia tunjuk diri dia 'Ni Momom'..

Bila tnya sambil tunjuk diri dia 'Ni sape?'
Dhiya akan jawab 'Ni Momom'

Siapa itu Momom?
Momom adalah Dhiya..

p.s: Momom??

Bibik Oh Bibik

Mulai hari ni, aku menjalankan kerja-kerja surirumah kembali,
Sebabnya bibik dah balik Indon semalam (Ahad 13/9/09)..
Bibik akan kembali ke Mesia pada 3/10/09 (Tu pun kalau bibik balik la)..

Abang je antar bibik ke Lcct semalam
Xkuasa aku nk bangun pagi2 menghantar..

So dengan aku masih diatas katil, bibik salam n cium tangan aku dengan perasan sebak..
Satu je pesan aku pada bibik, 'Bibik jangan tak balik pulak'..

Start pagi td dah antr budak2 kt rumah nenek diorang..
So Dania minggu ni xpegi tadika la gamaknya..
Cuma hari Rabu je aku kena jaga sbb nenek dorang ade hal..

So semalam, aku sediakan susu penuh2 dalam tin, baju2 n pampers..
Kerja2 yang dah lama aku tinggalkan, sejak setahun lalu..
Dan juga kerja-kerja mencebok Dhiya.. terpaksa kulakukan kembali..

p.s: Minggu ni berbuka straight kt rumah in law..


9.12.2009

Soping Raya @ Damansara Utama


Jumaat semalam aku half day..
Bawak budak2 untuk beli baju raya n kasut raya diorang..
Mula pi kat Ikano sebab kitorang suka beli baju2 kt Brand Outlet kt situ..
Then carik kasut xjumpa, pegi pulak ke 1 Utama..


Kasut kitorang selalu beli kt Parkson
Kasut tahun lepas pun beli kt situ
Banyak pilihan dan harga pun murah2..
Sib baik Dhiya tido, senang skit nk handle diorang masa tgh2 carik kasut..


Pukul 5.30 kitorang terus menghala ke Kenny Roger Roaster untuk booked tempat iftar nanti..
Lepas tu jalan2 lg..
Beli aku nyer Multi Card Reader untuk ganti yg lama yg hilang..
Beli pun sama jugak cm lama..


Then pukul 630 kembali ke Kenny Roger
Get ready sambil tunggu masa untuk berbuka..
Layanan disini very the slow..
Even dah order pukul 530 n dah buat bayaran, makanan hanya sampai dlm pukul 735..
Sume pun macam tu, bukan kitorang je..

Baju2 dan kasut budak2 tu xnak la aku tayang disini,,
Nanti xder surprise raya kang..
So tunggu raya baru upload pic raya yer...
Thanks to Daddy sebab kali ni dia yg susah2 pilihkan baju untuk budak2 tu..
Sebab Mummy dah xlarat nk jalan, Mummy prefer duduk kt satu2 tempat je..


Selain kasut Dania n Dhiya, sempat aku sambar kasut untuk Baby..
Sebab cute sangat.. kasut ni untuk umo 3-9 bulan..
Murah je, RM10 kt Brand Outlet..

p.s: lepas raya leh la sopink baju2 baby lak.. xsabarnyer..

9.11.2009

Terserempak ngan Kak Raihan

Td gi shopping n iftar di 1U
Tiba-tiba ditegur oleh seseorang yg Xberapa aku kenali..
Tp cm ingat2 lupa..

Rupanya Kak Raihan dari Bizkizz..
Masih ingat lagi rupanya dia pada aku..
Kak Raihan ni supplier aku suatu masa dulu..
Penah borong brooch dari dia..
Penah jumpa sekali jer..
Pastu ada beli brooch n gelang tp on9 jer..

So memang x sangka Kak Raihan akan ingat akan aku yg hina dina ini..
Hehehe.. seronot bila jumpa kawan on9 ni kan?

Katanya tengah menunggu hari je dia..
Wa.. nnti sebaya la anak kita kak..
Mencah pun ada ngan suami Kak Raihan..
Mencah sama tahun ngan Dhiya...

Lepas pertemuan tu, aku senyum sampai ke telinga..
Xsangka ada orang akan tegur aku ngan nama Rya..
Nama tu jus nama samaran bila on9.. Hanya dia alam maya..
Xsangka wujud jugak nama tu dia alam nyata..

p.s: kalau leh nk jumpa lg ngan kawan2 online yg lain..




glitter-graphics.com

9.08.2009

Kuih Raya

Susah bila memory card usb converter hilang..
Gambar banyak dalam hp tp xleh nk tnsfer ke pc...
Ni pun pakai blutooh.. leceh skit bila melibatkan pic yg banyak..

Semalam..
Aku senyum sampai ke telinga..
Sebab buat pertama kali dalam hidup, berjaya buat kuih raya..
Walaupun kuih biskut tu simple je..
Tapi at least aku bangga..

Dengan menggunakan oven cikai aku tu..
Berhasil jgk biskut aku ni.. satu2 kuih raya yg aku buat tahun ni..
Bukan xnak buat, perasaan nk buat tu berkobar2..
Tapi electric oven aku tu leceh skit..
Sebab xleh adjust temperature dia..
So selalu panas melampau dan menghanguskan masakan aku..

Untuk bakar2 ikan, grill ke ok la..
Tp untuk buat kek n pastry susah skit..




Tada..
Ni la hasilnya.
Conrnflakes Madu..
Belajar buat ni ngan Wie masa Wie keje kedai bakery dulu...
Dah jadi my fav sejak dulu lg..

So cara2nya untuk kawan2 buat yer...

CornFlakes Made (-+ 50 biji)

Bahan2:

  • Setengah buku mentega
  • Setengah cawan gula pasir
  • Cornflakes 250g
  • Lima sudu besar Madu
  • Ceri merah/hijau untuk hiasan
  • Cawan Kertas

Cara2:

  • Cairkan mentega dan gula diatas api sederhana
  • Kacau hingga cair
  • Masukkan madu dan ceri yg dihiris
  • Padamkan api dan masukkan cornflakes
  • Gaul hingga sekata
  • Masukkan sesudu adunan ke dalam cawan kertas
  • Hias lebihan ceri di atas cornflakes
  • Bakar selama 10 min atau sehingga warna bertukar keemasan