Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

8.23.2009

Jom pakai mask


Jom pakat2 pakai mask..
Toksah segan, toksah malu..

Even my family sume wajib pakai kalau kitorang kuar ke tempat awam..
Gara2 H1N1 punya pasal..
So aku yang pregnant ni risiko lagi tinggi untuk berjangkit..
So baik amik precaution kan..
Lebih baik cegah sebelum kena.. betui tak..
Kalau degil toksah kuaq pi mana2.. dok ja rhumah..

Even, Dania pi tadika pun pakai..
So kengkawan, jom kita pakat2 pakai..
Aku beli mask getah ni satu kotak yg 50pc..
Harga RM40..
Kalau rasa mahai, beli ja satu2..
Kalau hat tali tu RM1.50, hat getah 5 kupang ja..

p.s: Toksah la berkira sangat..





glitter-graphics.com

8.21.2009

Seronotnyer...

Dari minggu lepas. mata aku belah kanan dok kedip2
Tanya kat Ekin, Ekin kata nk tengok atau nangis sebab gembira..
So dah terbukti semalam..
Jeng2...



Semalam lepas balik keje, ajak abang gi scan..
Abang kata esok je la..
Aku kata, esok banyak keje, nk beli brg persiapan untuk puasa..
Last2 dia ikut tanpa sebarang bantahan..

Start scan je..
Doc dah tunjukkan dia punya ..tuut...
Memang jelas terpacak disitu..
Sampai doc pun kata besarnyer...

Alhamdullilah..
Akhirnya sampai jugak niat nakkan baby boy..
Syukur sangat2..

Sebelum ni bila kawan2 kata perut bulat je, malas nk mengharap..
Tapi aku sendiri tengok perut cm tajam..
Bila Doc dah sahkan.. baru la lega..
Nak shopping barang baby kan dah senang,
Xde la teragak2 nk beli kaler ape..

p.s: Dah spread the news..


8.18.2009

Skuad Perodua Era

Tadi teman k.linda gi sri serdang..
Skali ngan Ekin..
Pegi makan McD..
Pastu nampak lak myvi skuad perodua era..

Ape lg.. terus bukak era.. dengar lintasan..
Terus serbu..





Ni hasil yang kitorang dapat..



8.15.2009

Cuti-cuti Melaka 10-13/8/2009

Dok asyik mengejoin contest yang dianjurkan oleh para bloggers,
sampai lupa nk update blog..
Blog aku ni dh penuh ngan n3 contest jek..

10-13 tu aku kena bertugas di Hari Peladang, Peternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)
di MITC, Air Keroh Melaka.
Sambil menyelam sambil makan angin la kan..
But my hubby datang teman aku 1 malam jek..
So petang tu lepas abis shif aku bertugas jaga pameran, kitorang jalan2 kat bandar melaka..


Kitorang naik cruise menyusuri Sg Melaka.
Amik masa 45 minit, harga tiket RM10 seorang.


Penat aku berjalan ari tu..
Sampai sakit2 kaki sebab kasut yang dipakai x sesuai..


Replica kapal yang karam.
Sekarang dah dijadikan muzium.
Tapi masa aku gi ni tutup lak..


Dalam Fort Santiago..


Penat aku mendaki tangga ni..
Jenuh tul..
Sampai atas, leh nampak Eye on Malaysia n Menara Taming Sari


A Famosa


Kat belakang muzium kenderaan..
Ingat lagi keretapi tu..
Suatu masa dulu masa umur aku 18 tahun, aku penah amik gambar panjat keretapi tu..
Masa tu siap pakai baju kebaya lagi. Tu yang xtahan tu..


Pantai Melaka, kat sini juga ditempatkan Eye on Malaysia.
Just snap a pic dari dalam kete..
Nak turun dah Maghrib.


Suka gambar ni..
C antik la aku amik..


Harap nanti leh datang sini lagi..
Next time datang make sure lom pregnant..
Kang xlarat jalan lagi..

p.s: Xpuas.. Banyak kenangan terimbas disini.



8.14.2009

Param Meninggal Dunia

Param meninggal dunia

14/08/2009 12:18pm

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pelakon dan pelawak veteran, Param, 55, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 10 pagi ini akibat serangan jantung.

Mayat mendiang akan dibawa ke rumahnya di Jalan Rubi, Taman Setia, Gombak untuk penghormatan terakhir. - Utusan


-----------------------------------------------------------------------------
Terkejut sekejap baca berita kt utusan pagi tadi..
Param meninggal dunia..
Bukan apa.. Kalau orang lain meninggal, xder la rasa camni..

Sebabnya Param rumahnya selang beberapa rumah jek dari rumah my MIL..
Dia duduk dengan kakak dia..
Selalu jugak nampak kakak dia tolak dia guna kerusi roda petang2..

Lepas ni xder la nmpk situasi mcm tu lagi..
Sebab param dah meninggalkan dunia ni..
Dan dunia lakonan yg memang lama dah ditinggalkan sejak dia sakit..

p.s: Erm..


8.09.2009

Tag Dari Nana

Aku jarang kena tag ngan orang lain,
Tapi kali ni dapat tag dari Nana..
So dengan berbesar hati aku akan menjawab..

1. Nak tau sangat nama singkatan korang,umo dan dok mana....???ye laaa..kekadang keliru gak nih...klu dah tau...nak save,lpas ni mudah la nk ingat...he2...

Nama singkatan ikutkan ade banyak.. Tapi akan bagitau satu persatu..
i. Ila - Nama ni nama paling manja aku rasa, dan xde kena mengena dengan nama betui aku.. Actually nama ni dipanggil oleh kaum keluarga n jiran2 terdekat ngan family aku.. Ila singkatan dari nama Rosyila yg mn hanya abah jek panggil nama Rosyila, family lain panggil Syila, n aku bahasakan diri aku Ila.

ii. Oja - kawan2 belajar kenali aku ngan nama ni.. Sbb nye aku dapat nama ni sbb aku minat giler kat penyanyi Oja satu masa dl.. Msti korang xpenah dengar nama tu kan. Family in law pn panggil nama tu sbb adik ipar aku senior kt sekolah aku dl.. so dia pn kenali aku ngan nama tu..

iii. Ana - actually aku xsuka org panggil aku ngan nama ni. Sbb mak aku nyer nama tu.. nama ni dpt sejak aku keje..Panggilan rakan sekerja..

Tu la 3 nama yang paling pemes.. Nama lain Yuhana, Hana..

Umo aku tahun ni 27 thn.. Terasa sudah tua..

Aku sekarang ddk kt Kg Laksamana Batu Caves.. Tiap2 ari berulang ke opis di serdang.. tiap ari aku travel dlam 80km.. dlam 3 jam masa aku abis sehari di perjalanan..

2.Tiap2 hari ke korang bukak Blog nih???..biasa kol berapa??lama tak?

Xder la tiap ari pn..

3.Bila dah on kat Blog...apa yg korang buat ek???

Kadang2 rasa nk update, update la. Kalau x buka semata2 nk tgk blog org lain.

4.Penah tak sedang asik melayan intenet ni...korang telah abaikan sesuatu....?

Selalu.. Cm contoh sekarang ni.. Ralit dok mengadap internet sampai lupa lom mandi..

5. Macamana cara korang masak maggie ek

Dok cite pasal blog tiba2 pasal maggi lak. Kalau kt rumah, aku tumis bawang, masukkn air, masukkan meggi, n telur. kalau rajin aku bat megi goreng.

6. hubby korang tau tak korang ada blog ni....penah tak hubby korang baca blog korang????

Dulu dia rajin la baca, sbb dlu dia author bersama. Konon nk bat blog kongsi. Sampai satu kes, terpaksa fired dia dr jawatan tu. Skrg dia xbaca lg, sbb dh lupa link blog aku.

So sekarang aku nk mengetag nama2 berikut..
1. Yam (jawab bila dh abis pantang nnti yer)
2. Ai
3. Kak Sha
4. Unn


8.02.2009

Jom Sertai Giveaway Contest di My Rak Buku



Introducing my new blog selling my used n new books especially novel..
My Rak Buku
Jom join giveaway contest untuk memenangi sebuah novel pilihan anda..
Jangan ketinggalan!!