Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

12.31.2009

Kecelakaan Dhiya

Hari ni, Dhiya mendapat kecelakaan..
Sedang Dania dan Khalida main kt luar pintu (tapi grill dikunci)..
Dhiya main gayut2 kt tombol pintu..
Ku yang sedang menyusukan Danny tika tu, melarang Dhiya main pintu.. Takut terkepit..

Usai menyusukan Danny, langsung ku memandikan diri..
Setelah itu, kubuat aktiviti harianku - bertungku..

Seketika kemudian, terdengar raungan Dhiya..
Bibik bawa Dhiya ke bilikku untuk disapu ubat gamat..

Rupanya plank Assalamualaikum yg ku gantung di pintu terjatuh ke kepala Dhiya..
Plank tu dah serpih keana pernah terhempas jatuh dahulu..
Keadaan itu menyebabkan plank tu tajam akibat serpihannya..

Darah berjurai2 meleleh di kepala Dhiya..
Langsung ku menelepon suamiku di tempat kerja..
Yang kudapat hanya kata2nya yg menguris hatiku..
'Jaga anak pun xreti ke? susah ke?'

Datuk Dhiya datang untuk membawa ke klinik..
Dalam masa itu, suamiku pulang..
Tiada kata2, terus menghempas plank tersebut ke lantai..
Danny yg sedang tidur langsung terkejut dan menangis..

Aku? Hanya mampu mengalirkan air mata..
Bukan kehendakku itu semua terjadi..


Lepas balik dari klinik


Nangisnyer sekejap je.. Lepas tu nyanyi lagu twinkle2..

p.s: :(


Persiapan sekolah Dania


Minggu lepas, Daddy bawak Dania pegi shopping baju sekolah..
Dhiya pun ikut sama..
Xbes tol Mummy xleh ikut..

Daddy beli 5 pasang uniform..
2 pasang kasut, selai singket, 4 lai stokin n 1 kapur kasut..

Stationary Daddy dah beli beberapa hari sebelum tu..

Beg tarik pink tu..
Ade dua. Satu kecik skit..
Yang kecik skit untuk Dhiya..
Xbeli kang meraung budak tenet tu..
Dhiya kata nak tarik pegi sekolah.. nak naik van..

Balik rumah..
Tiap2 hari dok menarik beg tu satu rumah..
Naik pening kepala mummy..

p.s: Dania kata, 'Nasib baik Danny kecik lagi, kalau x mesti Danny pun nak beg tarik'..



12.30.2009

Dania dan Dhiya


Posing dulu sebelum nak pegi kenduri Riena & Imran kt Kajang..


Masa kawin sebelah pompuan pakai dress, ni baru nak pakai baju kurung..


Ni pun baju kurung raya lepas..


Dhiya pakai rantai manik.. tp Daddy kata xsempat sampai rumah kenduri dah bukak..

p.s: Dania pakai anting2..



12.29.2009

Lagi Danny Rayyan


Dah masuk minggu kedua..
Kuning dah beransur hilang..
Dah xpayah ulang alik klinik lg.. cukup la 5 kali..

Masuk minggu kedua juga, kulit mula mengelupas..
Nak tukar kulit baru.. Nak memutihkan diri kot..


Suka sangat meniarap atas dada mummy..
Sambil2 angkat kepala.. konon cam budak besar..
Angkat kepala.. then kepala terhoyong hayang..


Tapi bila daddy letak atas dada, Danny xsuke..
Agaknya badan daddy xder bau rempah n minyak macam mummy..


Susah sangat nak tidur.. mesti kena merenyek2 dan bergayut kt breast mummy dulu..
Dapat susu, terus tidor.. susu cm dah jadi ubat tidor lak..


Time berjaga, nak main je,
Suka kalau orang dok melayan dia..
Suke tenung2 orang..

p.s: 'Danny.. jgn besar cepat sangat.. nanti mummy mintak nak baby lagi', kata Daddy kepada Danny pada suatu hari.

12.26.2009

Hari ini..


Hari ini 26/12/09
Hari ini hari jadi ibuku..
Hari ini hari jadi ibuku yang ke 53..

Sebentar tadi aku meng'sms' ibuku..
Sebentar tadi aku mengucapkan Selamat Ulang Tahun buat ibuku..
Sebentar tadi aku mengucapkan semoga panjang umur buat ibuku..

Hari ini kukatakan pada ibu aku sayangkan ibu..
Hari ini aku mahu ibu dipanjangkan lagi usia..
Hari ini aku mahu ibu hidup 100 tahun lagi bersamaku..

p.s: Bertambah usia ibu, aku makin takut untuk kehilangannya.. betapa Ila sayangkan Mak.. Selamat Ulangtahun, Mak..



12.25.2009

Wedding of the year - Riena & Imran

Ini kukira 'Wedding of the year' bg penutup tahun 2009..
Perkahwinan antara Zamzurina Zulkifli (my SIL) & Imran Halim Harun yang berlangsung pada 19/12/09 yang lalu..
Agak terkilan kerana daku tidak dapat menghadiri majlis gilang gemilang ini kerana baru sahaja melahirkan Danny Rayyan 13hb tempohari..

Terdapat 3 majlis yang berlangsung di pihak pengantin perempuan..
Majlis nikah pada pukul 10pagi diikuti majlis sanding pada sebelah tghrinya di Restoran Perdana Villa
Malamnya pula berlangsung lagi satu majlis sanding khas untuk para VIP di Dewan Perdana

Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat kuucapkan kepada kedua pasangan mempelai ini..
Untuk Imran, welcome to the family..

Foto2 dibawah adalah ehsan dan kukutip dari facebook suamiku, Riena dan Imran.. Credit to uols..


Saat menanti untuk diijabkabulkan.. Yang duduk dibelakang, family dari Philipphines..


Pasangan mempelai sesudah diijabkabulkan..Tahniah..


Semoga cepat menimang cahaya mata..


Persandingan sebelah siang, serba hijau..


Persandingan sebelah malam, tema purple..


Pelamin megah di Dewan Felda


Ketibaan pengantin..


Bergambar kenangan bersama teman..


Keayuannya terserlah dengan tatahias makeup dan persalinan yang cantik..

p.s: 26/12/09 majlis persandingan sebelah lelaki akan diadakan di Kajang. Juga tidak dapat kuhadiri..


12.18.2009

Disebalik Tabir Photoshoot Danny Rayyan

Semalam ke mendapat tawaran dari kak ummi Ratuhati
Dia berkehendakkan model bayi untuk newborn.. utk Fotohati
Kebetulan Danny Rayyan menepati ciri2 yang dicari..

So awal2 pagi mereka sudah datang ke rumahku untuk photoshoot tersebut..
Berikut beberapa gambar disebalik tabir..







The Arrival of Danny Rayyan

Salam ouls..
Akhirnya tiba juga entry bertajuk The Arrival ni..

Mari baca kisahku saat melahirkan Danny Rayyan tempoh hari..

11/12/09
Malam
Dah kuar darah campur lendir..
Ku kata pada suamiku.. get ready..

12/12/09
Pagi
Darah kuar lagi.. kali ni lagi merah dan pekat, tp hanya beberapa titis..
Ku sempat lagi membawa anak2 dan suami ke Taman Tasik Sri Gombak. Dengan tujuan agar dipermudahkan bersalin jika ku berjalan2 di taman itu..

Petang dan malam
Masih belum ada tanda2 kontraksi dan sakit berlaku..

13/12/09
3.00pagi
Tidurku sudah tidak betah lagi kerana kurasakan kontraksi sedang berlaku,
Namun tidak kukhabarkan pada suamiku yang sedang nyenyak tidur tentang kesakitanku..
Kupikir, biarlah tunggu hingga ke subuh untuk ku ke hospital..

5.30pg
Kontraksi yang berlaku sudah xtertahan lagi..
Lantas kukejutkan suamiku dan menyuruhnya bersiap..
Sempat lagi ku mandi sebelum menyarung pakaian yg telah tersedia..
Sebelum berangkat ke hospital, suamiku menyuruh ku makan sedikit,
Namun ku hanya sempat menyambar sekeping roti 4 segi sahaja..
Dan xlupa, ubat salindah B6 yang sudah lama tersedia..
Dalam perjalanan, ku kemam salindah 2 biji dengan harapan kontraksi berkurang..

6.45pg
Ku sampai di hospital selayang..
Di dewan berslain, tidak ramai pesakit..
Doc mengecek dan mengesahkan bukaan sudah 3cm namun kontraksi sudah makin kerap..
Tapi aku masih mampu menahan kesakitan tersebut..

Bacaan CTG pula menunjukkan jantung bayiku turun..
Bacaan kali kedua diambil dan barulah ok
Doc memecahkan air ketuban dan lantas ku terus ke toilet..
Lelehan darah dari celah paha mengejutkan aku..

8.30pg
Terus ku disorong ke Labour Room (LR)
Ku diberikan ubat tahan sakit disebabkan bukaan masa itu 4cm

9.00pg
Doc mengecek bukaan sekali lagi dan kali ini sudah 5cm
Doc menyatakan bahawa dia akan mengecek sekali lagi pada pukul 1.00tghri
Disebabkan ubat tahan sakit yang diberi, aku langsung tertidur dan hanya tersedar bila kontraksi makin kuat..

11.45pg
Kontraksi makin kuat..
Aku sudah tidak betah berbaring di atas katil sempit itu..
Lantas kukatakan pada suamiku menyuruh dia memanggil misi mengatakan aku sudah mau teran..
Lantas 2 org misi masuk dan menyediakan kelengkapan unutkku bersalin..

12.09thgri
Dengan 5 kali teran yg tidak penuh daya dan dalam keadaan mamai, lahirlah Danny Rayyan ke dunia..
Syukur diatas kehadirannya hari itu yang hanya sehari awal dari EDDku..


A few hours old


A day old
Baru lepas dimandikan oleh misi..


2 days old..
Dah balik rumah


4 days old


Semoga aku tabah menjalani tempoh berpantang..