Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (48) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (4) Birthday (7) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (23) Danny Rayyan (28) Dhiya (20) Di Dapur dan Makan2 (9) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (3) Exam (1) Family (23) Family Planning (2) Feeling-feeling (1) Friend (7) Friends (15) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (4) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hobby (8) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (5) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (2) Kerja (7) Kewangan (1) MA (2) Me (60) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Pembedahan Tonsil (12) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (4) Sakit (9) Sales (1) Scene (1) Sekolah (3) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (4) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (2) Twtup (2) Vacation (5) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (2)

1.25.2012

Letting go My Avent Warmer n Sterilizer. SOLD n RESERVED

 Rya nak let go gadget breastfeeding Rya.
Since Rya dah tak breastfeed Danny lagi, dan xder rancangan nak menambah ahli..
Rya nak let go 2 item ni.

1. Avent Warmer. SOLD to Nor Azura
Rya guna lebih kurang setahun masa BF Danny dulu untuk panaskan EBM dan puri makanan Danny.
Masih cantik dan berfungsi dengan elok.
Cara guna, cuma masukkan air, masukkan botol berisi EBM atau puri dan setkan tahap kepanasan,
Biasanya Rya setkan ke tahap 3.
Bila lampu dah padam, means dah panas lah.
Rya nak let go item #1 ni pada harga RM50 sahaja termasuk pos.

2. Avent Microwave Sterilizer RESERVED
Item #2 ni adalah salah satu gadget kesayangan Rya,
Rya baru beli masa Danny dah umo 1 tahun+, means lagi baru dari warmer.
Rya suka steriliser ni sebab dia compact, cepat dan sangat mudah nak guna.
Cuma masukkan 200ml air, dan setkan microwave ke 2 minit.
Rya guna untuk steril pam2 dan botol2 Danny.
Kalau kat Jusco yang baru harganya RM200+ tapi Rya nak letgo untuk RM100 termasuk pos.
Rya berani jamin keadaan masih elok macam baru.

Kepada BF Moms yang berminat boleh contact Rya di email ini.
ryaamani@gmail.com

p.s: Rya dah letgo pam manual Avent, pam spectra3 dan feeding n storage bottle kt member seopis.

Mee Bandung Muar Teluk Kemang.

Dok teringat² pulak dengan mee bandung Teluk Kemang yang Rya makan masa New Year ritu.
Kebetulan singgah masa balik dari Melaka
Since Rya tak pernah makan Mee Bandung Muar yang original, mee yang ini dah jadi yang paling sedap pernah Rya makan.
Kuahnya yang manis memang kena dengan tekak Rya.

Sambil makan, sambil tengok laut dan orang main layang2.
Sangat2 tenang dan damai kat sana.
Entah bilakan pergi lagi.

p.s: Rya suka teengok orang main layang2. Satu hiburan yang menceriakan hari Rya.






1.24.2012

Review: Restoran SS2 Murni

 Malam Ahad lepas Rya ke Restoran SS2 Murni bersama seorang teman.
Actually dah banyak kali nampak kawan2 twitter tweet dorang makan kat sini.
Kedai dia kecik je, cuma 1 lot kedai.
Tapi kusi mejanya sepanjang2 kakilima kedai disitu.

 My fren order Mee Raja
Memang sangat banyak dan sedap.

Air ni pulak namanya Pink Panther.
Mix flavor ice blended yang sedap.

 Rya order air ni, namanya I Love You.
Antara bahannya adalah sprite dan laici.

 Since Rya tak makan nasi, Rya order Chicken Napolean ni.
Ayamnyer memang besar, diserve dengan fries, coleslow, keropok, sos cili dan sos lada hitam.

 Inilah rupanya Chicken Napolean 
Dalamnya ada sosej keju yang dibaluti dengan ayam.
Sedap dan banyak!

Jenuh nak abiskan
Last2 habis jugak.

Restoran ini bukan saja dikunjungi oleh Melayu, Cina pun ramai tau.
My fren cakap, kalau hari2 biasa selalu memang pack.
Sampaikan tak cukup meja dan orang dok berdiri tunggu pun ramai.
Masa kitorang pegi tu kan masa cuti raya cina, tu pun dah ramai..
Agaknya kalau tak cuti, mesti ramai lagi kan?

 Seperti biasa, ssatu senyuman Rya hadiahkan buat pembaca blog Rya sekalian.

p.s:Semua menu yang ada disini adalah signature menu dengan nama2 yang unik. Restoran ni terletak di SS2 PJ. Bolehlah like FB page dorang di SINI


1.23.2012

Outing bersama 3D

 Hari Ahad seperti biasa akan menjadi hari outing bersama anak2.
Kali ni kami bertemu di Jusco Au2 lagi tanpa kehadiran bibik seperti biasa,
Lepas Daddy 'hand over' anak2 pada Rya, Rya bawak dorang pegi Mr DIY.
Sebabnya Rya nak beli paku untuk Rya gantung cermin kat rumahbaru nanti.

Sambil2 tu Rya belikan Danny new toys, ape lagi kalau bukan kereta.
Dhiya dan Dania pilih untuk beli stationary.
Kami kemuadian pegi makan kt A&W since sejak dari rumah Rya belum menjamah apa2.

 Alhamdullilah, penerimaan anak2 setiap kali jumpa Rya memang sangat2 baik.
Terutama Danny dan Dhiya.
Dania agak selamba tiap kali jumpa, mungkin sebab dia dah besar dan paham.

 Kalau dulu Dania mmg susah nk bergambar.
Tapi sekarang alhamdullilah.. Kemain dia posing.
Nak aje mencelah utk masuk frame.

 Pas makan, Rya bawak dorang buat sand art.
Dhiya yang nak sangat.
Tiap kali jumpa, Dhiya memang mengada2. 
Asyik mintak itu ini,

 Rya tau, sand art tu nanti tah kemana letaknya.
But as long as she happy, Rya ikutkan aje permintaannye.

N FYI, dress ni Rya beli sebelum kejadian, untuk hari Rya.
Dan ini kali pertama dorang pakai,
Kenapa agaknya Daddy dorang simpan buat pekasam agaknya.

Sambil2 dorang main sand art, Rya bwk Danny main controlled car.
Seronok betul dia,
Then, bila Dhiya nmpk Danny main, dia pun nak sekali.

Dan lebih kurang pukul 3.00pm Rya hand over balik dorang kt Daddy dorang.
Danny pun dah tertido kat pangkuan Rya masa tu,
Danny mengamuk sebab Kakak Dhiya amik toys dia.
Dia menangis, Rya pelok dia sampai la dia tertido,

Dhiya pn nangis sebab Danny pukul dia.
Daddy yang pujuk Dhiya. Kejap je, pastu dah ok.

p.s: Rya bagi baju2 cheongsam yang Rya belikan utk dorang ritu. Adalagi beberapa pasang baju yang dah Rya beli tapi belom bagi.

Banana Muffins


Hidangan petang hari ini.
Banana muffins.
Sedap makan panas2.
Yumyum.

P.s: Jemput tengok semorang.

1.22.2012

French Macarons


Ini cubaan pertama membeli dan memakan macarons.
Terjumpa pulak dkt Volten Lava kt OU.
Cadangnya nak beli churro je, langsung terbeli macarons jugak.
Sebiji utk RM3.30, buy 6 pc utk RM19.
Macam perasa ada termasuk durian.
Mih mih cuba.

Bagi Rya, macarons ni so2 je..
Tak dapat nk masukkan dalam favourite list.

1.16.2012

Bowling Tournament

Baru perasan post ni dah berdraft lama dalam blog ni>
Baru sedar tak publish lagi.
Mih mih nk stori mori..

16 Disember lalu diadakan freindly tournament antara ahli² Belianita
Belianita ini adalah dibawah Puspanita yg mana ahlinya terdiri daripada golongan 40an ke bawah.
Tournament ni diadakan di Mines Bowl, The Mines.
Lebih kurang 30+ ahli yang menyertainya.
Awal2 lagi Rya dah pakai kasual ke ofis.
Tournament ni diadakan time lunch 
Start pukul 12 gitu dan berakhir dalam pukul 3 gitu.

Kalau korang nk tau seumur hidup Rya ni lah pertama kali Rya pegang bola bowling
Serius bak ang.

Tournament ni disertai oleh semua Pusat.
Setiap Pusat hantar wakil dalam 2-3 orang gitu.

Rya bukan reti main pun
Asyik masuk longkang je
Dan sekali pun tak strike

Yang kiri tu my fren, Ekin
Dia yang in-charge utk organize aktiviti ni.

Group Rya 4 orang, dan result Rya dapat tmpt ke 3/4
Ni pic dengan sebahagian dari peserta²

p.s: It's a girl day out.

1.12.2012

Melangkah Ke Gerbang 30an

Macam tak percaya, semalam Rya dah pun melangkah ke alam 30an atau 3 series.
Dah alam dewasa pun, kalau 20an tu dikira alam remaja lagi kan?

Semalam, mcm tahun2 lepas Abang Razi akan belikan kek.
Cuma itu jela kek untuk celebrate hari jadi Rya tahun ni.
Sebabnya tiada sambutan bersama anak2 macam tahun2 sudah.
Hari semalam berlalu macam hari2 biasa, xde yang specialnya.
Tiada ucapan ucap selamat dr anak2 dan ciuman dr diorang, pun xde kad yg selalu2 Dania buat untuk Rya.
Takde makan besar dan ciuman syg dr yg tersayang.
Dan tiada hadiah istimewa macam selalu2.

Namun, Rya enjoy sangat semalam, sebab Rya tau kawan2 Rya masih ada untuk sokong Rya.
Rya happy.

Di usia 30 tahun ini Rya bangga Rya dh ada 3 org cahaya mata yg melengkapi hidup Rya.
Buat bekal untuk doakan Rya sekiranya Rya dh xde lagi kt dunia ini nanti.

Cuma Rya terkilan di usia 30 tahun ni, bilamana kawan2 Rya sibuk membina keluarga, Rya sendiri masih tercari2 diri Rya.
Rya harap, agar Rya tak lalai lagi lepas ni.
Moga Rya dipanjangkan usia untuk beribadah kepada pencipta Rya.
Dimurahkan rezeki Rya untuk menampung diri Rya dan anak2.
Diberikan kembali kebahagiaan buat diri Rya.
Amin..

P.s: Terkilan, sebab tahun ni mak dan abah lupa agaknya nak call dan ucap selamat macam selalu2.

Dobi Layan Diri

Sejak Rya pindah ke rumah baru ni, Rya banyak lepak kt kedai dobi layan diri ni.
Maklumlah, masih belum ada mesin basuh sendiri lagi.
Kebetulan dekat je dgn rumah Rya skrg.
Kalau hantar dobi biasa2 tu selalunya amik masa jgk utk siap dan agak mahal.
Jadi Rya pilih utk cuci baju sendiri disini.

Harga untuk cuci cuma RM3 utk 6kg.
Lebih kurang setengah jam. Sementara tu Rya selalunya makan2 kt restoran berhampiran dan ade jgk Rya lari balik rumah kejap.
Bila siap cuci, boleh terus keringkan dalam dryer.
Selalunya Rya masukkan RM3 jgk untuk setengah jam.
Bergantung pada banyak baju dan ketebalan.
Kalau agak tebal, biar la lama sikit dalam dryer tu.

Dalam masa sejam, dh siap pun.
Kalau cuci sendiri kt rumah pn amik masa kurang2 setengah hari jugak untuk kering kn.
So dh boleh bawak balik dan lipat atau gantung terus.
Baju pun masih terasa panas lagi.
Cubala yer..

P.s: Jangan lupa bwk sabun sendiri dan sediakan duit syiling 50 dan 20 sen yer. Selamat mencuba dan selamat beramal.

1.06.2012

Dhiya 1st Day at School


Ni jer satu2 gmbar yg ada. Sebabnyer 1 folder di kamera dh terdelete. *nanges*
3/1/2012 yg lalu merupakan hari pertama persekolahan Dhiya Dayana. Dhiya bersekolah di Smart Reader Taman Melati.

Utk itu, Rya dh amik cuti utk 2 hari. Semata2 utk temankn Dhiya. Rya samapi agak lewat, 945 sedangkn sesi kelas bermula 900. Mula2 tgk dia ok, pastu tgk ade budak lain menanges, dia pn nanges. Tp bukan la nanges meraung.
Keesokkan harinya pn Rya kena tunggu sbb Daddy dia xdpt cuti.

P.s: Dah besar ank mummy rupanya, dh 5 tahun pn..

12.22.2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang Ke2, Danny Rayyan.

13 December 2011
Happy 2th Birthday Danny Rayyan
Dah besar anak mummy.
Ingat lagi saat mummy berhempas pulas melahirkan Danny 2 tahun lepas.
Tapi sejujurnya Mummy bagitau, melahirkan Danny sangat mudah.
Saat kontraksi sedang berlaku dan sedang menunggu bukaan, Mummy boleh tertido.
Masa nak meneran pun Mummy masih mamai2 dan sesekali terpejam mata.

Kelahiran Danny Mummy dan Daddy sambut dengan penuh kesyukuran.
Akhirnya cahaya mata lelaki yang Mummy harapkan termakbul juga.
Begitu juga dengan kakak2, Dania dan Dhiya seronok sangat dapat adik.

Mummy mintak maaf sangat2, sambutan harijadi kali kedua ni tak seperti yang Danny harapkan, kan?
Mummy mintak maaf Mummy tak boleh sentiasa ada dengan Danny,
Mummy dah tak boleh lagi jadi orang pertama yang dengar Danny sebut perkataan baru,
Atau Danny tunjuk kemahiran baru yang Danny boleh buat.
Mummy tak boleh lagi sentiasa ada tatkala Danny suka atau time Danny nangis kalau2 Danny jatuh.

 Mummy cuma nak Danny tau, walau Mummy jauh, walau Mummy tak ada depan mata Danny, tapi kasih sayang tak pernah kurang.
Mummy tak pernah lupakan Danny dan kakak2.
Danny dan kakak2 sentiasa ada dalam hati Mummy. Setiap masa.
Dan bila Mummy solat, Danny dan kakak2 sentiasa Mummy selit dalam doa Mummy.

Mummy tak boleh nak buat benda balik macam dulu.
Mummy cuma mampu jumpa Danny sekali sekala dan ikuti perkembangan Danny dari jauh.
Mummy harap suatu hari nanti Danny akan paham kenapa semua ini berlaku.
Dan Danny akan nampak kebaikan disebaliknya seperti mana yang Mummy nampak sekarang.

Mummy dah plan nak celebrate birthday Danny 17hb haritu.
Kek pun Mummy dah tempah.
Tapi Mummy hanya mampu merancangkan?
Plan Mummy tak boleh dijalankan sebab Daddy ada plan lain.
Insyallah nanti Mummy akan celebrate jugak birthday Danny bila kita bertemu lagi nanti.

p.s: Danny, please jangan berhenti sayangkan Mummy.

Makan2 Review: Nasi Arab Sana'a Cyberjaya

 Akhirnya berkesempatan jugak Rya belanja Abang Lan, Nana dan Ekin makan Nasi Arab.
Kalau 1st time makan nasi arab dulu adalah di Saba, kali ni masih di Cyberjaya cuma di Restoran Sana'a.
Restorannya takla semewh Saba, tapi masih selesa dan bersih.
Kami dapat layanan yg bagus dari waiternya dan pesanan pun cepat sampai.

 Abang Lan order Makloba Chicken.

 Setiap nasi didatangkan sekali dengan sup kambing dan sambal.
Harga RM13.00

 Ini pula Roasted Chicken yang diorder oleh Nana dan Ekin.
RM10.00

 Dan ni Rya punya hidangan, Hanith Chicken
RM10.00

 Ini pula hidangan air kami.
Ice Tea RM3, Pineapple RM5, Watermelon RM5 dan Mix fruit RM7
Rya suka mix fruit tu, ada rasa banana dan macam minum yogurt je.

Total perbelanjaan adalah RM63
Sekian, Rya hadiahkan sebuah senyuman buat korang.

p.s: Nasi mmg melampau banyak, Rya makan suku je.

12.16.2011

Kad Debit Mastercard CIMB dan Octo

Sesiapa yang belom menukar kad ATM CIMB anda ke Kad Debit boleh la berbuat demikian di cawangan2 CIMB yang berdekatan.
Rya dah buat minggu lepas di CIMB cawangan UPM.
Sekarang masih dalam tempoh promosi, tiada bayaran dikenakan.
Plus akan dapat plush toy Octo bila sign up untuk internet banking.

p.s: Silalah cepat.

12.15.2011

Lawatan ke Sepang Gold Coast.

 Hari Isnin lepas cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.
Jadi kami, Rya dan Dean (who's Dean? Jeng jeng jeng) amik kesempatan tu untuk pegi tengok laut.
Since Dean ade member keje kat situ, jadi mudahlah kami dapat access utk melawat bilik2 hotel yg mewah disana.

Kami dibawa dengan menaiki buggy oleh Riz dan Yanti untuk melawat kawasan tersebut.

Nilah kawan Dean, Riz dan gfnyer Yanti.
 Meh kita tengok gambar2 kawsan tersebut.

 Semua bilik2 kat sini berada atas air dan atap macam dalam gambar kt atas.
Kos utk buat atap ni utk sebuah rumah saja dah RM100k.
Malam2 dia akan kuarkan satu bau yang boleh menghalau nyamuk.

 Bilik2 kat sini bermula dari harga RM850 semalam
Dan paling mahal RM3000+ semalam,
Boleh la menginap disini untuk relex2 atau honeymoon.
Lepas seharian buat lawatan kami pekena ikan bakar dan seafood di restoran berdekatan sambil tgk2 laut.

p.s: Really enjoy my day there with him. :)